Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile



Cerpen Futuristik
Saturday, 28 December 2013 | 06:07 | 0 comments
Cerpen – Futuristik
Semangat

"Qamar bangun , Qamar bangun , Qamar bangun" , kata robot yang setia menemaniku dikala ku suka , dikala ku duka. Sebuah kotak yang kecil tetapi boleh bertukar bentuk seperti burung yang boleh bersuara dan merakam foto. Itulah dia robot peribadiku , Wardah. Pagi yang cerah. "Moga hari ini lebih baik dari semalam" , monolog ku sendiri. Setelah siap menguruskan diri , aku bersarapan bersama keluargaku. "Umi , abi , boleh tak Ina nak turut serta dalam program MKI dalam beberapa bulan. Mungkin beberapa tahun" , kataku. "Apa tu MKI ?" , tanya abiku. "MKI tu singkatan untuk Mencari Keredhaan Ilahi , mi , bi. Program ni program amal. Bantu agama kita juga. Boleh ya umi ? abi ?" , pintaku dengan penuh pengharapan. "Alhamdulillah , pergilah nak. Awak bantu agama Allah , takkan umi dengan abi nak larang. Pergilah , kami izinkan." , kata abiku dengan air mata yang berlinangan."Tak sia-sia kami dapat anak macam awak , Qamarina" , kata abiku lalu menambahkan semangat jihadku.

 "Dunia adalah penjara bagi orang beriman , dan syurga bagi orang kafir."

"Marina , apa kau buat tu ? Penat aku cari kau merata tempat. Kau tahu tak ?" , kata rakanku , Farhani. Farhani memang sedikit kepoh. Bila bercakap tak reti nak berhenti. Macam burung murai. Tapi alhamdulillah dia boleh berdakwah melalui percakapan. Aku membiarkan pertanyaan Farhani tergantung begitu sahaja kerana aku pasti dia nampak apa yang sedang aku lakukan sekarang. Aku sedang menonton televisyen yang tergantung di dinding rumah kami tinggal itu. Televisyen abad ini amat mudah digunakan. Hanya kita perlu bersuara untuk menukar siaran , menguat atau memperlahan suara televisyen itu. "Tutup" , kataku sebaik sahaja aku melihat Farhani membawa dua gelas coklat panas. Lalu , televisyen tersebut terus terpadam dan hilang disebalik dinding rumah. "Aku bangga lah jadi rakyat Malaysia sekarang. Antara negara islam yang maju di bumi ini. Alhamdulillah , segala hukum Allah dilaksanakan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Para wanita juga telah diwajibkan memakai tudung mengikut syariat islam. Tak macam 40 tahun yang lalu. Semua jenayah juga dapat dikurangkan." , kata Farhani tanpa tersasul sedikit pun. Aku bangga dengan dia. Bila bersuara tiada siapa yang berani menentang kata-katanya. "Memanglah farha , siapa je berani mencuri zaman ni. Nanti ada pula yang kena potong tangan. Eeee takde orang sanggup Farha. Aku pun takut. Lagipun , sekarang senang nak tangkap penjenayah. Polis terbang merata tempat Farha...." , kataku. Polis terbang yang dimaksudkan bukanlah seorang pegawai polis mempunyai kuasa ajaib yang boleh terbang ke udara tetapi  mereka memakai kereta terbang yang menggunakan kuasa solar. Apabila malam tiba , mereka akan menggunakan kuasa solar yang disimpan di dalam tangki kereta terbang itu. Seperti dulu juga , yang bezanya hanyalah menggunakan minyak dan tenaga solar.

“Eh Marina , jom kita pergi pusat membeli belah pukul 12.30 tengahari nak ? Lagipun kaum adam semua takde , mereka kan solat jumaat." , kata Farhani sambil menyatakan bahawa dia ingin membeli keperluan dapur dan pakaian. "Eh kau ni , buat apa kita pergi jauh jauh , beli online sudahlah." , kataku dengan pena ku yang sedang menari-nari dia atas kertas. Aku seorang penulis novel islamik. Alhamdulillah berkat doaku selama ini , novel aku laris di pasaran. "Aku bosan lah , asyik beli online je. Aku nak pergi jalan. Ala , jomlah jomlah. Nanti aku belanja kau dengar ceramah Ustaz Kamal Aidil. Ok ? Boleh lah boleh lah. Eh eh ?" , pujuk Farhani. Siap rasuah aku nak belanja dengar ceramah. "Ok , lagipun jimat duit aku. Terima kasih , Farha. Hehe" , kataku seraya bersiap-siap untuk menemani Farhani ke pusat membeli belah yang dikenali sebagai ISC. Setelah puas berjalan mengelilingi ISC itu beberapa kali , perut kami mula berasa lapar dan kami sudah penat berjalan. Salah aku juga , Farhani sudah mengajak aku menaiki mini skuter isc supaya aku tidak berasa penat. Maklumlah ISC bukannya kecil. Besar. Memang kaki lenguh bila berjalan. Memandangkan jam telah menunjukkan jam 2.05 petang. Kami makan di sebuah restoran yang menjual kebab dan shawarma. Ya , makanan yang paling aku gemari. Restoran itu sangat menarik , ada sungai buatan yang mengalir di dalam restoran itu. Kami diberi dua pilihan samada hendak makan di tempat biasa atau dia dalam sampan yang disediakan. Sudah tentu , kami mengambil pilihan kedua. Bukan dikenakan cas lebih pun. Setelah membeli makanan dan minuman , kami menaiki sampan itu dan menyusuri sungai tersebut. Sangat tenang. Zikir-zikir didendangkan sebagai penghibur. Wardah ku juga mendengar dengan penuh khusyuk. Walaupun ia adalah robot , ia seolah-olah seorang manusia yang mempunyai perasaan. Aku sering menceritakan masalah ku padanya. Walaupun ia tidak boleh membantuku sangat , sekurang-kurangnya aku berasa lega. Sememangnya setiap manusia abad ini mempunyai satu robot setiap seorang bagi membantu menguruskan kerja seharian. Tentang MKI itu , alhamdulillah sehingga sekarang aku bergiat aktif dalam kegiatan tersebut.

Sememangnya MKI sangat membuka mata orang yang rapuh agama seperti aku ini. Aku banyak belajar tentang nilai kemanusiaan dalam program ini. Sudah menjangkau 3 tahun setengah aku melibatkan diri dalam program kemasyarakatan ini. Sewaktu aku  masih kecil , kegiatan ini dikenali sebagai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Tak tahu pula aku kenapa namanya ditukar kepada MKI. Mungkin ada sebab tersendiri. Ya , aku pasti tentang itu. Merata negara miskin telah aku pergi. Menolong mereka dalam kesusahan amat menyentuh perasaan. Aku sudah lama hidup dalam zon selesa. Langsung tidak perasan , kesengsaraan umat islam di serata dunia. Alhamdulillah MKI telah banyak membantu umat islam di serata dunia dan aku berasa bahagia dapat terlibat dalam kegiatan ini. Umat islam sekarang juga semakin maju di seluruh pelosok dunia. Bukan sahaja di Malaysia , malah di Korea Selatan yang dahulunya terkenal dengan K-pop itu juga telah berkembang sinar islam. Negara islam juga berkembang dengan pesat dan maju. Hendak ke negara lain pada abad ini juga mudah. Hanya menggunakan LRT bawah tanah sahaja. Ia bergerak seperti kelajuan cahaya. Sangat mudah dan ringkas. Setiap manusia di muka bumi ini perlulah mempunyai sekeping kad yang dikenali sebagai AATW. AATW juga telah menggantikan passport antarabangsa. Oleh itu , orang ramai dengan mudah pergi ke pelbagai negara dalam masa sehari. Pada setiap kali waktu solat pula , semua masjid dan surau yang ada penuh. Sampai terkeluar isi masjid kerana tidak muat. Walaupun terpaksa solat di jalanan berbentangkan kain nipis , itu tidak menghalang langsung umat islam untuk menunaikan kewajipan masing-masing. Apabila malam hari akan diadakan kuliah dan usrah. Kanak-kanak juga sudah mula diajar untuk sentiasa bersikap baik dengan makhluk di muka bumi ini samada dengan manusia mahupun binatang. Kehidupan juga amat tenang. Tiada jenayah , tiada rasuah , tiada apa yang perlu digentarkan. Apa yang digentarkan manusia pada abad ini hanyalah MATI.

“Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini ya ilahi
Muhasabah cintaku”

Lagu dari kumpulan edcoustic menyentap perasaan ku. Sungguh aku bukanlah manusia yang tidak berdosa. Aku juga mempunyai salah dan silap tanpa aku sedari. Walaupun begitu , aku sentiasa doa yang terbaik buat diriku , umi dan abiku , serta umat islam di seluruh dunia. Moga orang lain yang masih belum mendapat hidayah , dikurniakan hidayah daripada-Nya. Allah, kuatkan kami dengan Islam. Allah, kuatkan Islam dengan kami.



Older Post